Testimoni Pengguna
Testimoni ini bukan rekaan semata-mata. ianya diambil 100% dari
email yang telah kami terima dan dari testimoni secara temubual
daripada pelanggan tanpa melakukan sebarang pengubahsuaian atau
penambahan.
Assalamualaikum W.B.T.
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman anak saya yang telah menggunakan Toner Mata Permata Hijrah. Anak saya berusia 10 tahun dan mengalami rabun jauh dan silau. Power mata kanan anak saya 125 untuk rabun jauh manakala power untuk silau juga 125. Mata kirinya tidaklah teruk kerana power matanya hanyalah 25. Walaubagaimanapun, doktor menyarankan supaya anak saya memakai cermin mata kerana anak saya mengalami ?Astigmatism? iaitu silau.
Doktor menyuruh saya membawa anak saya untuk temujanji seterusnya dalam masa sebulan untuk membuat cermin mata. Sebaik pulang daripada bertemu dengan doktor, saya terus pergi melawat seorang rakan. Setelah berkongsi-kongsi cerita, kawan saya tiba-tiba mengesyorkan untuk mencuba produk keluaran Permata Hijrah.
Toner Mata Permata Hijrah telah diperkenalkan oleh rakan saya itu. Saya meminta untuk ditunjukkan demonstrasi keberkesanan produk ini. Setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh rakan saya, saya teringin untuk memberi anak saya mencuba pakai. Saya pun telah membeli sebotol Toner Mata yang berharga RM59.90.
Pulang ke rumah, saya menitiskan toner tersebut ke mata anak saya. Anak saya memakai toner tersebut secara tidak teratur. Hanya setitis sehari sahaja yang digunakan olehnya. Saya tidak yakin dengan cara pemakaian tidak teratur begitu, mata anak saya akan pulih.
Setelah 3 minggu menggunakan produk ini, tibalah masanya untuk temujanji membuat kaca mata dengan doktor. Doktor telah membuat pemeriksaan semula terhadap anak saya untuk memastikan power cermin mata yang diperlukan. Setelah melakukan pemeriksaan, doktor tersebut tiba-tiba sahaja mengatakan bahawa anak saya tidak perlu untuk membuat kaca mata. Saya bingung dengan saranan doktor tersebut. Doktor tersebut menjelaskan bahawa power mata anak saya telah menurun sehingga 25 sahaja untuk kedua belah matanya.
Saya amat terkejut dan terharu dengan perubahan ini. Saya tidak sangka walaupun dengan penggunaan secara tidak teratur oleh anak saya, ia tetap memberi kesan. Alhamdulillah, saya mula yakin dengan produk ini dan terus meggunakannya untuk memulihkan mata anak saya. Kini, kami sekeluarga menggunakannya.
Syarifah Zarina Bt Syed Osman
Taman Pinggiran Delima, 43100 Hulu Langat, Selangor
